Gambar Hiasan | Sumber Metro

COVID-19: BAYI MANGSA TERMUDA MENINGGAL DUNIA

Kuala Lumpur: Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Dr Zulkifli Positif Covid-19

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama,” katanya.

Katanya, bagi tiga lagi kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.

“Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September lalu dan saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September.

“Keadaan mangsa didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.

“Bagi kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu,” katanya.

Menurutnya, saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober jam 5.05 pagi,” katanya.

Menurutnya, kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.

“Mangsa ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif,” katanya.

Sumber: Metro