PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 20hb Ogos 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Ahli Jawatankuasanya telah menganjurkan sebuah bengkel yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Membuat Nasi Arab.
Untuk pengetahuan semua, Bengkel Kemahiran Membuat Nasi Arab adalah pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli dan dibantu oleh Pn Shams.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI