TIADA PKP 2.0 DI SELURUH NEGARA. TIADA SEKATAN RENTAS NEGERI

TERKINI: TIADA PKP 2.0 DI SELURUH NEGARA. TIADA SEKATAN RENTAS NEGERI

Intipati penting dari sidang media MKN 3 Okt, 2020:

1. Kerajaan tidak akan isytiharkan PKP atau PKP 2.0 seluruh negara kerana kadar kes baru harian seluruh negara masih lagi rendah dan tidak menyeluruh walau jumlah tinggi 2 hari lepas. Hanya Sabah dan Kedah catatkan jumlah tinggi tetapi 70% (168) darinya adalah kes dalam tahanan, bukan di luar. 30% adalah kes di luar kumulatif dari seluruh negara dengan Kedah tertinggi (78) dan Selangor 31 kes. Lain2 negeri antara 1-3 kes manakala Penang, Perlis, Melaka dan Sarawak masing2 catat 0 kes.

2. Di Sabah 35 dari 113 kes baru semalam adalah kes dalam tahanan. Di Kedah, 128 dari 129 kes baru semalam adalah dalam tahanan dgn hanya 1 sahaja kes di luar dari tahanan. Semua kes dalam tahanan dalam keadaan terbendung. Ini bermakna, kes menular di luar hanyalah 124 kes sahaja dari 287 kes semalam.

Baca Lanjut