TERKINI: PALING TINGGI DALAM SEJARAH, 287 KES BAHARU COVID-19 DAN SEMUANYA KES TEMPATAN

TERKINI: PALING TINGGI DALAM SEJARAH, 287 KES BAHARU COVID-19 DAN SEMUANYA KES TEMPATAN

Menerusi sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 81 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 10,095 kes bersamaan 85.76%.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semua merupakan kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 11, 771 dengan kes 1, 540 kes aktif.

Kes tertinggi dilaporkan di Kedah iaitu sebanyak 129 kes, Sabah dengan 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.

Baca Lanjut

TRUMP DISAHKAN POSITIF COVID-19

TERKINI: TRUMP DISAHKAN POSITIF COVID-19

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis mengatakan bahawa dia dan isterinya Melania telah disahkan positif COVID-19 dan berada dalam kuarantin, setelah Hope Hicks, salah seorang penasihat terdekatnya, positif terhadap penyakit ini.

Dalam Tweet, Trump mengatakan bahawa dia dan Melania akan “mengharungi bersama”.

Hicks sering melakukan perjalanan dengan presiden menaiki Air Force One dan bersama dengan pembantu kanan lain menemaninya ke Cleveland untuk debat presiden pertama dengan Demokrat Joe Biden pada hari Selasa.

Baca Lanjut