Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti kita akan mengenali seorang ustaz yang lemah lembut tutur katanya dan terkenal dengan ayatnya “Allah Sayang Kita”.
Ustaz Ebit Liew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga dikenali umum sebagai seorang ustaz berbangsa Cina yang dermawan.
Apakah perniagaan yang diusahakan beliau sehingga mampu membantu orang lain dengan mudah?
TINDAKAN KOMPAUN PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN TIDAK KIBAR BENDERA NEGERI PERAK SEMPENA KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
26 OKTOBER 2020 – Semua bangunan dan agensi kerajaan, premis-premis perniagaan serta persendirian di seluruh negeri diwajibkan mengibarkan bendera negeri Perak sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang akan disambut pada 6 November 2020.
Pengibaran bendera negeri Perak di premis masing-masing adalah sebagai lambang taat setia kepada Raja Pemerintah.
Untuk menceriakan suasana sambutan, bangunan-bangunan kerajaan dan premis perniagaan digalakkan menyalakan lampu di bangunan masing-masing sehingga pukul 12.00 tengah malam pada malam 5 November 2020.
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membangunkan sebuah projek usahasama bersama syarikat J&T Malaysia Sdn Bhd dengan membuka sebuah Operasi Perkhidmatan Penghantaran Ekspress yang menggunakan jenama J&T Express.
Susulan daripada itu, pada 21hb September 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi telah menandatangani perjanjian usahasama tersebut secara rasmi bersama J&T Ekspress Sdn. Bhd. bagi membolehkan pihak koperasi meneruskan pembukaan rasmi sebuah ‘Premium Courier Point’ di sebuah lokasi yang dipersetujui iaitu di Bandar Seri Iskandar Perak.
Setelah termeterai perjanjian tersebut maka operasi renovasi pun bermula pada 7hb Oktober 2020 yang lalu di mana sebuah premis di Taman Maju yang berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar ini telah menjadi pilihan bagi tujuan operasi perkhidmatan ekspress tersebut.
TERKINI: ADDY KANNA, LEONG YEONG TIDAK TERLIBAT MACAU SCAM: PDRM
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin diupah untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet di negara ini.
“Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-577 3924.
All images are copyrighted to their respective owners.
KOMEN TERKINI