PKPD AKAN DIJALANKAN DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C

Infografik disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)

TERKINI: PKPD AKAN DIJALANKAN DI ZON B DAN ZON C TAMAN MERU 2C

TERKINI: PKPD akan dijalankan di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak bermula 20 November sehingga 3 Disember 2020. Ianya susulan terdapat 76 kes positif direkodkan di lokaliti ini.

Berita lanjut akan menyusul kemudian.

Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara

COVID-19: IPOH BERTUKAR ZON MERAH

Gambar – Google

TERKINI: (COVID-19) IPOH BERTUKAR ZON MERAH

IPOH – Pertambahan 13 kes baru positif COVID-19 di Daerah Kinta menjadikan Ipoh bertukar daripada zon jingga ke zon merah tengah hari tadi.

Ia menjadikan zon merah kedua di Perak selepas Kampung Buaia di Kuala Kangsar.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi laman Facebook, kes semasa COVID-19 Ipoh ia mencatatkan 43 kes berbanding 33 kes semalam.

Baca Lanjut

SOP PKPB YANG KITA MESTI TAHU (UPDATED)

INFO: SOP PKPB YANG KITA MESTI TAHU (UPDATED)

Terkini, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 Nov -6 Disember 2020.

Kerajaan turut mengumumkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan diteruskan secara automatik serta bersambung lagi 4 minggu 9 Nov -6 Disember 2020.

Bersamalah kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Baca Lanjut

COVID-19: REKOD SEMBUH PALING TINGGI DALAM MASA SEHARI

COVID-19: REKOD SEMBUH PALING TINGGI DALAM MASA SEHARI

Kadar kes sembuh akibat Covid-19 hari ini adalah yang tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, walaupun angka positif wabak itu masih tiga angka.

701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari. Terima kasih petugas-petugas kesihatan dan barisan hadapan.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes.

Baca Lanjut