JUMPER PUNB 2022: PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN GRADUAN

JUMPER PUNB 2022: PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN GRADUAN

Graduan Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan adalah dialu-alukan memohon Program JUMPER PUNB bagi pengambilan akhir 2022.

Program JUMPER PUNB adalah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Baca Lanjut

PROGRAM KEUSAHAWANAN GRADUAN MOHE X SHOPEE: SISWA MALL

PROGRAM KEUSAHAWANAN GRADUAN MOHE X SHOPEE: SISWA MALL

Graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpeluang mendapat latihan keusahawanan dan e-dagang menerusi Program MoHE x Shopee: Siswa Mall.

Program MoHE x Shopee: Siswa Mall adalah salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Penjana KPT-Career Advancement Program (KPT-CAP).

Inisiatif ini diperkenalkan dalam membantu graduan Universiti Awam tahun 2019-2022 serta pelajar semester akhir tahun 2022 untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebagai usahawan digital melalui platform perniagaan dalam talian.

Untuk makluman, program ini sebelum ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 25 November 2021 bertempat di DATC, UiTM Shah Alam.

Baca Lanjut

BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT NASI ARAB

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 20hb Ogos 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Ahli Jawatankuasanya telah menganjurkan sebuah bengkel yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Membuat Nasi Arab.

Untuk pengetahuan semua, Bengkel Kemahiran Membuat Nasi Arab adalah pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli dan dibantu oleh Pn Shams.

Baca Lanjut

BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT CABAI GILING

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 20hb Ogos 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak melalui Ahli Jawatankuasanya telah menganjurkan sebuah bengkel yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Membuat Cabai Giling.

Untuk pengetahuan semua, Bengkel Kemahiran Membuat Cabai Giling adalah pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) yang diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli dan dibantu oleh Pn Shams.

Baca Lanjut