DR ZULKIFLI POSITIF COVID-19

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | Gambar Metro

TERKINI: DR ZULKIFLI POSITIF COVID-19

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Baca Lanjut

IBADAT HAJI TAHUN INI DITANGGUHKAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri | Gambar Harian Metro

TERKINI: IBADAT HAJI TAHUN INI DITANGGUHKAN

KERAJAAN memutuskan menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 ke tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang,pada 9 Jun.

Baca Lanjut