ADDY KANNA, LEONG YEONG TIDAK TERLIBAT MACAU SCAM: PDRM

HUZIR | Gambar Sinar Online

TERKINI: ADDY KANNA, LEONG YEONG TIDAK TERLIBAT MACAU SCAM: PDRM

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin diupah untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet di negara ini.

“Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Baca Lanjut

USTAZ EBIT BELI DUA LORI AIR UNTUK DIAGIHKAN

Gambar – Facebook Ustaz Ebit Lew

TERKINI: USTAZ EBIT BELI DUA LORI AIR UNTUK DIAGIHKAN

SEMALAM, ribuan penduduk di Lembah Kelang kembali mengeluh apabila sekali lagi dibebani gangguan bekalan air.

Mana tidaknya, keadaan bertambah perit ketika mana orang ramai kini perlu berdepan dengan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan gangguan bekalan air.

Malah, ada sesetengah tempat di sekitar Shah Alam yang turut terbeban dengan bekalan elektrik yang sering terputus sejak empat hari lalu.

Baca Lanjut