DR ZULKIFLI POSITIF COVID-19

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | Gambar Metro

TERKINI: DR ZULKIFLI POSITIF COVID-19

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Baca Lanjut

432 KES BAHARU COVID-19, TERTINGGI PERNAH DIREKODKAN

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah | Gambar Metro

TERKINI: 432 KES BAHARU COVID-19, TERTINGGI PERNAH DIREKODKAN

Putrajaya: Penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes hari ini, jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Baca Lanjut

EBIT LEW DIMINTA MOHON MAAF SELEPAS HANTAR PULANG PELAJAR UNIVERSITI ‘TERSANGKUT’

KISAH KEHIDUPAN: EBIT LEW DIMINTA MOHON MAAF SELEPAS HANTAR PULANG PELAJAR UNIVERSITI ‘TERSANGKUT’

Penceramah, usahawan dan dermawan Ustaz Ebit Lew menjelaskan beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka oleh sebuah universiti tempatan pada hari ini.

Permohonan maaf itu difahamkan dilakukan selepas beliau sebelum ini melaksanakan inisiatif untuk menghantar pulang pelajar-pelajar ke kampung selepas pendaftaran pelajar universiti sebelum ini disarankan untuk ditangguhkan.

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama vice chancellor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

Baca Lanjut