SESI TANDATANGAN PERJANJIAN USAHASAMA STRATEGIK BERSAMA IMPACTV

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Ogos 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Pembekalan Media bersama salah sebuah syarikat pengiklanan yang dikenali di bandar Ipoh iaitu Impact Media & Communication Sdn Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Abu Naufal (Kudus Alie Novel) dan mewakili Syarikat Impact Media & Communication Sdn Bhd adalah CEO Syarikat iaitu En. Aimran Razif.

Turut hadir pada sesi tandatangan perjanjian ini adalah bendahari koperasi iaitu Pn. Samsiah Ahmad@Abdullah.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

INFO: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan bantuan kewangan untuk para usahawan khusus untuk anak jati Negeri Perak terutamanya golongan pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan masing-masing.

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan disamping membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2021, permohonan untuk mendapatkan bantuan ini masih dibuka seperti mana diwar-warkan di laman Facebook Rasmi Yayasan Perak. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA: BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

INFO: PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA – BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

Keluarga yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, anda boleh memohon Bakul Prihatin Negara yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman, Bakul Prihatin Negara adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan makanan/barangan asas, anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

Baca Lanjut

PROGRAM PRIHATIN KASIH: SEMAK STATUS PENERIMA RM100 SEBULAN

INFO: PROGRAM PRIHATIN KASIH – SEMAK STATUS PENERIMA RM100 SEBULAN

PRIHATIN Kasih adalah penyediaan bantuan makanan tanpa tunai di bawah pakej rangsangan PEMERKASA yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin pada bulan Mac 2021. Objektif PRIHATIN Kasih adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk makluman tambahan, Program PRIHATIN Kasih adalah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah.

Baca Lanjut