PERJUMPAAN BERSAMA JURUAUDIT KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK. 

Terkini pada 23hb Mei 2025 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh En Haizul Fakarudin, Setiausaha Koperasi dan En Mohamad Firdaus selaku Bendahari Koperasi.

Manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada ARA Associates iaitu En. Rahim dan Pn Nurul. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk meneliti dan memperhalusi pertemuan audit bagi tahun kewangan 2024 serta mengadakan perbincangan berkaitan draf laporan pengauditan akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

PERBINCANGAN NGO-NGO MELAYU NEGERI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Pada 22 Mei 2025 yang lalu, satu pertemuan penuh bermakna telah berlangsung membabitkan wakil-wakil NGO usahawan Melayu dari seluruh negeri Perak dalam satu sesi perbincangan strategik bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Negeri Perak. Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) turut hadir dalam sesi ini dengan diwakili oleh Setiausaha PUBI Perak iaitu En. Hazul Fakarudin bin Mohamed Redzuan.

Baca Lanjut

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 01-2025

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 10hb Mei 2025 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Bil-02/2025 bagi sesi tahun 2024/2025 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku pertama tahun 2025 yang lalu dan membincangkan perancangan perniagaan pada suku kedua tahun 2025 ini.

Baca Lanjut

HARI BERTEMU PELANGGAN & MAJLIS RAMAH MESRA PPWN PERAK TAHUN 2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA. 

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 6hb Mei 2025 yang lalu, telah berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan & Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak (PPWN) bertempat di Ruang Legar PPWN Perak, UTC 30, Ipoh.

Baca Lanjut