INFO: PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA – BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

Keluarga yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, anda boleh memohon Bakul Prihatin Negara yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman, Bakul Prihatin Negara adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan makanan/barangan asas, anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP Sehingga RM5,000

MENGENAI PROGRAM BAKUL PRIHATIN NEGARA

Bakul Prihatin Negara dilaksanakan menerusi kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan Kerajaan Malaysia dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menerusi bantuan ini, penerima akan menerima bantuan barangan asas untuk yang disalurkan menerusi Sukarelawan Skuad Prihatin Negara.

SENARAI BARANGAN ASAS

Sebanyak 8 barangan asas yang diberikan menerusi bantuan ini iaitu:

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Kopi

SYARAT KELAYAKAN

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk
memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya mereka terjejas pendapatan akibat pendemik COVID-19.

CARA MEMOHON

Untuk memohon bantuan ini, sila hubungi Talian Kasih di 15999 atau menghantar Whatsapp ke 019-2615999.

Pemohon juga boleh menghubungi 108 Bilik Gerakan JKM untuk membuat permohonan iaitu:

1) Perlis

2) Kedah

3) Pulau Pinang

4) Perak

5) Selangor

6) Wilayah Persekutuan

7) Negeri Sembilan

8) Melaka

9) Johor

10) Pahang

11) Terengganu

12) Kelantan

13) Sabah

14) Sarawak

KAEDAH PENYALURAN

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon yang terlibat.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas membuat permohonan.

Walau bagaimanapun, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi untuk sampai kepada pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://www.jkm.gov.my/.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD