INFO: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan bantuan kewangan untuk para usahawan khusus untuk anak jati Negeri Perak terutamanya golongan pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan masing-masing.

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan disamping membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2021, permohonan untuk mendapatkan bantuan ini masih dibuka seperti mana diwar-warkan di laman Facebook Rasmi Yayasan Perak. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Penjana Kerjaya 3.0: Program Insentif Pengambilan Pekerja (PEMULIH)

Di sini juga disertakan cara-cara memohon bantuan ini serta terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05 255 2929 / 05 246 0998.

PROGRAM  BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN – YAYASAN PERAK

Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan (tanpa faedah) kepada usahawan dalam Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan.

Objektif Program
  • Membangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
  • Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
  • Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.
Konsep Program
  • Merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.
  • Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman)
  • Jumlah pinjaman dari RM5,000.00 sehingga RM20,000.00 (bergantung kepada kemampuan)

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan Pinjaman Tabung Usahawan (Tanpa Faedah) sehingga RM20,000 kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 daripada Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak;

  1. Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta  menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
  3. Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan / badan berkanun / syarikat GLC / Berhad.
  4. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  5. Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang – undang.
  7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

    Antara perniagaan yang  berada di luar skop pembiayaan adalah:
    -Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).
    -Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya / Perjudian.
    -Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula (mengikut pasaran semasa).
    -Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi. – Perniagaan bermusim.
    -Perniagaan secara orang tengah atau agen  perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau  hartanah ) dan yang seumpamanya.
    -Kontraktor Pembangunan
Dokumen yang diperlukan
  1. Borang / Surat Permohonan (wajib).
  2. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
  3. Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
  4. Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
  5. Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
  6. Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
  7. Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – (3) keping / Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
  8. Senarai sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
  9. Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung / Penghulu.
  10. Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.

    * Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.

    Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-
    – Pejabat Yayasan Perak
    – Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
    – Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
    – Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak

PERTANYAAN DAN INFO LANJUT

Sekiranya anda berminat untuk memohon bantuan dan membuat saya pertanyaan tentang Pinjaman Tabung Usahawan ini, sila hubungi Yayasan Perak di alamat dan nombor telefon yang tertera di bawah ini.

Alamat

Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,  
NO.111, Jalan Sultan Idris Shah, 
30000 Ipoh, Perak. 

Bahagian Pembangunan Sosial
Yayasan Perak,
Tingkat 3, No. 26, Persiaran Greetown 6,
Greentown Business Centre,
30450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 5.30 petang
(Rehat : 1.00 t/hari -2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang
(Rehat : 12.15 t/hari – 2.45 petang)
Sabtu & Ahad : Tutup

Telefon : 05-255 2929/253 7779      Faks     : 05-2531701
Emel : –admin@yayasanperak.com.my
aduan@yayasanperak.com.my 

Sumber: Laman Web Rasmi Yayasan Perak