KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 03hb Ogos 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Pembekalan Media bersama salah sebuah syarikat pengiklanan yang dikenali di bandar Ipoh iaitu Impact Media & Communication Sdn Bhd.
Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Abu Naufal (Kudus Alie Novel) dan mewakili Syarikat Impact Media & Communication Sdn Bhd adalah CEO Syarikat iaitu En. Aimran Razif.
Turut hadir pada sesi tandatangan perjanjian ini adalah bendahari koperasi iaitu Pn. Samsiah Ahmad@Abdullah.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Mesyuarat Bulanan Operasi PCP J&T Express Milik Kopubi Perak Bhd
Melalui perjanjian usahasama ini pihak KOPUBI akan mengeluarkan sejumlah modal bagi melaksanakan projek pembekalan media dan percetakan yang akan diuruselia oleh syarikat Impact Media & Communication Sdn Bhd bulan Ogos 2021 sehingga bulan November 2021 ini nanti.
Selain itu, kerjasama yang terjalin ini akan meliputi penggunaan jenama masing-masing bagi tujuan promosi dan pemasaran di samping pertukaran idea untuk kemajuan bersama pada masa hadapan.
KOPUBI sangat percaya dan yakin ini adalah satu usahasama yang mampu menjana pendapatan kepada KOPUBI serta memberi pulangan yang tinggi seterusnya mampu meningkatkan ekonomi anggota koperasi melalui pengagihan dividen yang agak tinggi pada masa akan datang.
Insyallah, sasaran dividen sebanyak 15% setahun pada masa akan datang adalah tidak mustahil melalui projek-projek yang berdaya maju dan telah dilaksanakan ini melibatkan KOPUBI Perak Bhd.
Setelah temerai perjanjian ini maka akan bermulalah sebuah episod seterusnya untuk KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini.
Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang konsisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd terutama pada musim perayaan yang mememang menjadi lubuk menjana pendapatan bagi para usahawan di negara kita ini.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI