INFO: 22 INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERMAI 2021 DIUMUMKAN
Pada 18hb Januari 2021 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia tadi telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.
Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan 4 pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat.
Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
22 INISIATIF PERMAI 2021
Antara yang diumumkan termasuklah:
- BPN 2.0 dipercepat kepada 21 Januari 2021.
- Bantuan JKM untuk 400,000 penerima
- Program bakul makanan RM100 setiap bakul
- Potongan cukai untuk penderma yang memberi sumbangan kepada rakyat terjejas COVID-19
- Bayaran pendahuluan iSinar (Kategori 2) RM1,000 bermula 26 Januari
- Data 1GB Percuma dilanjutkan sehingga 30 April 2021
- Melonggarkan syarat permohonan SIP PERKESO
- Tambahan Program Subsidi Upah 2.0 RM1 bilion
- Bantuan one-off RM500 kepada pemandu pelancong, bas sekolah & persiaran, teksi melibatkan 132,000 penerima
- Diskaun bil elektrik 10% kepada 6 sektor terpilih
Untuk maklumat lanjut anda boleh baca teks ucapan penuh pengumuman khas sebentar tadi di portal rasmi PMO.
Antara bantuan lain sepanjang 2021 termasuklah:
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
- Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2021
- Pengeluaran i-Lestari RM500 Sebulan
- Pengeluaran KWSP Akaun 1 i-Sinar
- Program Save 2.0 Voucher Shopping Lazada & Shopee RM200
Sumber: Semakan Online
KOMEN TERKINI