BANTUAN PKP 3.0: SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

TERKINI: BANTUAN PKP 3.0 – SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini, mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri menjelaskan, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion.

Katanya, pelaksanaan PEMERKASA Plus menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Baca Lanjut

CARA TEBUS RM150 KREDIT eBELIA MELALUI SHOPEEPAY MULAI 1 JUN 2021

INFO: CARA TEBUS RM150 KREDIT eBELIA MELALUI SHOPEEPAY MULAI 1 JUN 2021

Seperti anda sedia maklum, penebusan kredit eBelia sebanyak RM150 hanya boleh dibuat bermula tarikh 1 Jun ke atas. Sekiranya anda pengguna tegar Shopee, eloklah kiranya anda memilih untuk tebus kredit tersebut melalui ShopeePay.

Tambahan pula Shopee kini menyediakan insentif RM5 kepada anda yang membuat pengesahan akaun ShopeePay masing-masing. Sama seperti dompet digital lain, ShopeePay memerlukan anda membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan.

Kredit RM5 akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.

Baca Lanjut

TOUCH ‘N GO eWALLET: PENDAFTARAN & PENEBUSAN KREDIT eBELIA RM150

INFO: TOUCH ‘N GO eWALLET – PENDAFTARAN & PENEBUSAN KREDIT eBELIA RM150

Seperti mana e-Tunai Rakyat dan ePenjana, Touch n Go eWallet sekali lagi terpilih sebagai salah satu daripada 4 perkhidmatan eDompet yang akan bekerjasama dalam inisiatif eBelia.

Program ini bakal dilancarkan mulai 1 Jun 2021 dan para belia yang memilih Touch n’ Go untuk menebus kredit eBelia berpeluang menikmati pelbagai bonus dan tawaran istimewa.

Berikut dikongsikan cara daftar Touch n Go dan langkah membuat penebusan kredit eWallet RM150.

Baca Lanjut

eBELIA: SEMAKAN & PENEBUSAN RM150 KREDIT EWALLET MULAI 1 JUN 2021

INFO: eBELIA – SEMAKAN & PENEBUSAN RM150 KREDIT EWALLET MULAI 1 JUN 2021

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Bantuan terbaharu iaitu PEMERKASA yang mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi bagi merancakkan kembali ekonomi negara susulan pandemik COVID-19 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac 2021 yang lalu.

Antara yang diperuntukkan adalah Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eBelia Wallet di bawah Program PEMERKASA.

Baca Lanjut