PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA: BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

INFO: PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA – BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

Keluarga yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, anda boleh memohon Bakul Prihatin Negara yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman, Bakul Prihatin Negara adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan makanan/barangan asas, anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

Baca Lanjut

PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL: BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1,000

INFO: PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL – BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1,000

Para usahawan wanita yang kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan, anda kini boleh memohon bantuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) iaitu Bantuan MyKasih Kapital.

Untuk makluman, YKN adalah sebuah badan kebajikan yang diletakkan di bawah bidang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang mana tujuan umum yayasan ini ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.

Oleh itu, salah satu inisiatif yang dilaksanakan melalui YKN adalah melalui Bantuan MyKasih Kapital bagi membantu usahawan wanita dalam aspek bantuan modal perniagaan.

Baca Lanjut