PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

INFO: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan bantuan kewangan untuk para usahawan khusus untuk anak jati Negeri Perak terutamanya golongan pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan masing-masing.

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan disamping membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2021, permohonan untuk mendapatkan bantuan ini masih dibuka seperti mana diwar-warkan di laman Facebook Rasmi Yayasan Perak. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

Baca Lanjut

COVID-19: IKEA JERMAN BAGI UMAT ISLAM GUNA PARKIR UNTUK SOLAT SUNAT AIDILFITRI, 800 JEMAAH HADIR & JAGA “SOCIAL DISTANCING”

COVID-19: IKEA JERMAN BAGI UMAT ISLAM GUNA PARKIR UNTUK SOLAT SUNAT AIDILFITRI, 800 JEMAAH HADIR & JAGA “SOCIAL DISTANCING”

Frankfurt, Jerman – Sebuah cawangan Ikea di sini membuka ruang parkir kenderaannya untuk aktiviti solat sunat Aidilfitri berjemaah dengan penjarakan sosial.

Menurut BBC, sekitar 800 penganut agama Islam dilaporkan solat berjemaah Ahad lalu dengan meletakkan jarak antara satu sama lain.

Pengerusi masjid, Kadir Terzi sebelum ini mencari ruang alternatif bagi membolehkan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial ketika solat jemaah Aidilfitri.

Baca Lanjut

COVID-19: KETUA AUDIT NEGARA DISAHKAN POSITIF

COVID-19: KETUA AUDIT NEGARA DISAHKAN POSITIF

Jabatan Audit Negara (NAD) mengesahkan kesahihan memo oleh Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid yang memberitahu timbalannya bahawa dia positif Covid-19.

“NAD mengesahkan bahawa memo itu dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara Malaysia.

“Ia dimaksudkan untuk menjadi memo dalaman dan tidak didedahkan dengan pihak luar.

Baca Lanjut