TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) FASA 1

INFO: TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) FASA 1

Berdasarkan makluman LHDNM, bayaran duit BPR fasa 1  akan dibayar secara beperingkat mulai penghujung Febuari 2021.

KATEGORI PERMOHONAN BPR 2021

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU YAYASAN PERAK

INFO: PERMOHONAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU YAYASAN PERAK

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

KONSEP PROGRAM

  • Merupakan program bantuan perumahan tanpa bayarab sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak.
Baca Lanjut

‘YA ALLAH MENANGIS SAYA HARI INI GEMBIRA’ – USTAZ EBIT LEW

KISAH KEHIDUPAN: ‘YA ALLAH MENANGIS SAYA HARI INI GEMBIRA’ – USTAZ EBIT LEW

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.’

Begitulah ungkapan yang terpancul dari mulut Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau setelah mengislamkan kira-kira 157 orang di sauku Bajau Laut Negeri Sabah.

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Manakah tidaknya , beliau yang sangat merendah diri sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik diseluruh Malaysia.

Baca Lanjut

COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan di Facebook Rasmi kementerian bahawa sejumlah 262 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 di negara kita dalam tempoh 29 hari pertama tahun ini.

Daripada 262 kematian yang direkodkan sejak 1 Jan hingga 29 Jan 2021, 92% atau 240 kematian adalah warganegara dan selebihnya iaitu 8% atau 22 kematian bukan warganegara.

Kaum lelaki lebih ramai meninggal dunia dengan 174 kematian atau 66% berbanding wanita 34% atau 88 kematian.

Baca Lanjut