INFO: TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) FASA 1

Berdasarkan makluman LHDNM, bayaran duit BPR fasa 1  akan dibayar secara beperingkat mulai penghujung Febuari 2021.

KATEGORI PERMOHONAN BPR 2021

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak

Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun

Kategori Isi Rumah BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
  • Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
  • Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta

 Kategori Bujang BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU

BERAPAKAH BAYARAN BPR YANG BAKAL DITERIMA?

Berikut adalah jumlah duit BPR yang bakal diterima mengikut kategori penerima:

  • Bagi Kategori Isi Rumah RM 300
  • Bagi Individu Bujang berumur 21 hingga 59, dah OKU dari 18 tahun ke 59 tahun  RM 150

Untuk makluman semua, duit BPR akan dikredit terus ke akaun penerima. Mereka yang tidak mempunyai akaun boleh mengambil duit BPR mereka di Bank Simpanan Nasional BSN dengan pengunaan no baucar.. Kepada yang layak,anda boleh membuat permohonan baharu BPR manakala kepada mereka yang layak BSH & BPN 2.0,anda hanya boleh membuat kemaskini BPR.

TARIKH PERMOHONAN/KEMASKINI BPR 

Tarikh permohonan/kemaskini BPR adalah 15 Januari hinggai 15 Februari. Permohonan BPR akan bermula 15 Januari 2021. Permohonan dan kemaskini BPR boleh dibuat di laman rasmi BPR. Permohonan dan pengemaskinian akan dibuat melalui online atau borang.

Bagi mereka yang tidak pernah mendapat BSH 2020 ataupun BPN 2.0. Permohonan BPR 2021 boleh dilakukan melalui secara dalam talian atau secara manual menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun dari sistem.

Permohonan melalui laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my dengan menggunakan aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat yang boleh dimuat turun dari App Store / Google Play Store di telefon bimbit.

PERMOHONAN BPR MELALUI BORANG

Borang permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh dimuat turun dari laman web rasmi BPR LHDNM atau berkunjung ke salah satu cawangan pejabat LHDNM berhampiran / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk mendapatkan borang atau boleh download melalui link https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf

Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke cawangan pejabat LHDNM berhampiran / Pusat Khidmat Hasil LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM / Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) / Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri / Pejabat Daerah / Pejabat Residen.

KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Bagi mereka yang lulus permohonan BSH 2020 atau BPN 2.0,boleh buat kemaskini secara online melalui portal BPR. Pemohon juga boleh membuat kemaskini guna borang,sila isi Borang Kemaskini Maklumat Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR BK-02.

SEMAKAN SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN BPR

Permohonan BPR adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. Sekiranya anda tidak menerima Bantuan Sara Hidup 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 serta berpendapatan di bawah RM 5,000 seisi rumah, anda boleh membuat permohonan BPR 2021.

Bagi golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran permohonan akan dilakukan secara automatik berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data JAKOA.

Bagi golongan OKU yang merupakan penerima e-bantuan JKM, pendaftaran secara automatik juga akan dilakukan berdasarkan maklumat dalam pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Walau bagaimana pun, setiap permohonan juga akan dinilai berdasarkan syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut bagi mengelakkan sebarang penipuan dan ketidak adilan.

BPR adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Permohonan adalah untuk mereka yang berkahwin mempunyai ataupun tidak mempunyai anak, Ibu ataupun Bapa tunggal yang membuat anak. Pemohon perlulah berumur dari 21 hingga 60 tahun dan ke atas.

JUMLAH BAYARAN BPR 2021

Isi rumah < RM2,500

  • Jumlah duit BPR adalah RM 1,800  (2 orang anak atau lebih)
  • Jumlah duit BPR adalah RM 1,200 (1 orang anak)

Isi rumah RM 2,501 – RM 4,000

  • Jumlah duit BPR adalah RM 1,200  (2 orang anak atau lebih)
  • Jumlah duit BPR adalah RM 800 (1 orang anak)

Isi rumah RM 4,001 – RM 5,000

  • Jumlah duit BPR adalah RM 750  (2 orang anak atau lebih)
  • Jumlah duit BPR adalah RM 500 (1 orang anak)

Bujang 21 ke atas < RM2,500

  • Jumlah duit BPR adalah RM 350

DOKUMEN SOKONGAN BPR

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Salinan Sijil Perkahwinan sah JPN ,JAI
  • Salinan Sijil Penceraian

Pemohon

Pemohon perlu mengemukakan salinan sijil perkahwinan, salinan sijil kematian pasangan, salinan sijil penceraian, salinan sijil dekri nisi / dekri nisi mutlak dan salinan kad OKU.

Setiap salinan sijil yang disertakan mestilah sijil yang sah dan dikeluarkan oleh agensi yang bertanggungjawab sama ada Jabatan Agama Islam Negeri / Jabatan Pendaftaran Negara / Mahkamah / Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pasangan

Pemohon perlu mengemukakan pengesahan diri pasangan seperti salinan kad pengenalan sama ada MyKad / MyPR / MyKAS / passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan.

Anak

Pemohon perlu mengemukakan dokumen pengesahan anak kandung seperti salinan sijil kelahiran, mykid atau mykad. Bagi anak angkat, pemohon perlu mengemukakan salinan sijil daftar anak angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, dan salinan mykid atau mykad.

Kesemua salinan dokumen ini boleh dimuat naik ke dalam sistem BPR sekiranya pemohon membuat permohonan secara dalam talian.

TARIKH PEMBAYARAN DUIT BPR

Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dijangka akan dibayar secara berfasa iaitu Fasa 1 pada Februari 2021 dan fasa 2 pada September / Oktober 2021 dan ianya ini tertakluk kepada sebarang perubahan terkini dari pihak sekretariat.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sila hubungi talian hotline BPR MOF di nombor 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau talian hotline BPR LHDNM di nombor 1-800-88-2747

Menghantar pertanyaan melalui emel bpr@treasury.gov.my atau layari laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my

Sumber: Laman Web BPR-Hasil