INFO: PERMOHONAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU YAYASAN PERAK
Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
KONSEP PROGRAM
- Merupakan program bantuan perumahan tanpa bayarab sama ada baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonon Baru Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB Online 2020/2021
Kepada seluruh rakyat di Negeri Perak, ambillah peluang untuk memohon bantuan baik pulih rumah yang mengalami kerosakan dan telah uzur atau bina baru rumah tanpa bayaran yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Agensi Yayasan Perak.
Bantuan termasuklah membaik pulih rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki dan bantuan membina rumah baru bagi mereka yang tidak mempunyai rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat untuk diduduki.
Berikut adalah syarat-syarat permohonan dan cara memohon.
Setiap pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas serta menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di bawah ini;
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan / waris dan tanggungan.
- Penyata pendapatan pemohon.
- Penyata pendapatan pasangan / waris.
- Surat Akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
- Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah.
KATEGORI SAYANGI RUMAHKU
Berikut adalah kategori permohonan Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak;
1. Baik Pulih
- Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
- Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,
kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.
2. Bina Baru Rumah
- Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):
– Bina Baru 1 Bilik
–Bina Baru 2 Bilik
–Bina Baru 3 Bilik
Bagi mereka yang berminat untuk memohon program ini, anda boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-
- Pejabat Yayasan Perak
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
- Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
- Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku
Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Perak di alamat dan nombor telefon seperti berikut:
Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh. Tel: 05-255 2929 Faks : 05-253 1701
Sumber: Laman Web Yayasan Perak
{divider_top]
KOMEN TERKINI