DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

INFO: DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Selepas ketibaan pertama vaksin Covid-19 di Malaysia, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 kini boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan tersebut melalui aplikasi MySejahtera.

Pemberian vaksin tersebut adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022.

Untuk makluman, sehingga hari ini Malaysia mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.

Baca Lanjut

COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan di Facebook Rasmi kementerian bahawa sejumlah 262 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 di negara kita dalam tempoh 29 hari pertama tahun ini.

Daripada 262 kematian yang direkodkan sejak 1 Jan hingga 29 Jan 2021, 92% atau 240 kematian adalah warganegara dan selebihnya iaitu 8% atau 22 kematian bukan warganegara.

Kaum lelaki lebih ramai meninggal dunia dengan 174 kematian atau 66% berbanding wanita 34% atau 88 kematian.

Baca Lanjut

SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

KISAH KEHIDUPAN – SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

Tular di media sosial di mana gambar sekeping surat yang dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah oleh seorang murid bernama Lara Khadijah McAfee berumur 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.

Di dalam surat tersebut, murid tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah di atas usaha yang dilakukan bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia dan membantu di dalam mengekang penularan Wabak Covid-19 di negara ini.

Baca Lanjut

NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

TERKINI – NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bangga dapat menyertai gabungan yang berusaha mencari penyelesaian ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik COVID-19.

Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan dan ahli Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 tersebut.

Baca Lanjut