KISAH KEHIDUPAN: ‘YA ALLAH MENANGIS SAYA HARI INI GEMBIRA’ – USTAZ EBIT LEW

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.’

Begitulah ungkapan yang terpancul dari mulut Ustaz Ebit Lew di Facebook beliau setelah mengislamkan kira-kira 157 orang di sauku Bajau Laut Negeri Sabah.

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Manakah tidaknya , beliau yang sangat merendah diri sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik diseluruh Malaysia.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: 29 HARI, 262 KEMATIAN AKIBAT COVID-19

Terkini di dalam satu lontaran Facebook Ustaz Ebit lew berkongsi kegembiran meraikan kejayaan mengislamkan seramai 157 saudara baharu di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun – Ustaz Ebit Lew

Menurut beliau lagi, ramai penduduk di sana bertanya siapakah tuan dan bertanyakan ‘Tuhan itu apa?’.

‘Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.’ Balas Ustaz Ebit Lew menceritakan situasi tersebut.

Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah – Ustaz Ebit Lew

Pada akhir posting beliau, menegaskan akan terus membantu memberi makanan untuk seluruh kampung atas laut tersebut dan beriltizam untuk membina sekolah serta mencari guru ustaz untuk mengajar agama kepada mereka.

Beliau turut memohon doa supaya Allah membantul serta memudahkan dirinya untuk memastikan anak-anak itu menjadi manusia berguna.

Semoga Allah terus memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Ustaz Ebit Lew di dalam usaha membantu golongan yang memerlukan disamping menyebarkan dakyat islam. Insyallah..

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew