
COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan di Facebook Rasmi kementerian bahawa sejumlah 262 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 di negara kita dalam tempoh 29 hari pertama tahun ini.
Daripada 262 kematian yang direkodkan sejak 1 Jan hingga 29 Jan 2021, 92% atau 240 kematian adalah warganegara dan selebihnya iaitu 8% atau 22 kematian bukan warganegara.
Kaum lelaki lebih ramai meninggal dunia dengan 174 kematian atau 66% berbanding wanita 34% atau 88 kematian.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: ‘Tidak Kasihan Ke Individu Itu Kepada Amir?’ – Ibu Angkat
94% daripada 262 kematian itu berumur 40 tahun ke atas dan 90% kes kematian mempunyai sejarah penyakit kronik.
Penyakit kronik yang paling lazim dihidapi oleh 262 kes kematian COVID-19 ialah darah tinggi (64%), diabetes (59%), buah pinggang (30%), penyakit jantung (19%), Dislipidemia (16%), strok (8%) dan obesiti (5%).
Selangor, Sabah dan Johor merekodkan kematian tertinggi sepanjang tempoh 29 hari ini.
Golongan lanjut usia yang mempunyai penyakit kronik adalah golongan berisiko tinggi yang akan mendapat pelbagai komplikasi apabila dijangkiti COVID-19.
Jika ahli keluarga anda tergolong dalam kumpulan ini, menjadi tanggungjawab anda untuk melindungi mereka.
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
KOMEN TERKINI