OPERASI KANTIN SMK BERCHAM

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 3hb Januari 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd secara rasminya operasi Kantin Sekolah SMK Bercham yang diuruskan oleh KOPUBI Perak Bhd telah beroperasi pada hari pertama pembukaan sekolah bagi sesi penggal 2022/22.

Pelbagai jualan makan dan minuman telah berjalan dengan baik serta kantin ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelajar serta guru-guru di sekolah ini.

Syukur Alhamdullilah, salah sebuah cabang aktiviti ekonomi di bawah KOPUBI Perak Bhd telah berjaya dilaksanakan seawal bulan Januari tahun 2023 ini dan dijangka perniagaan ini akan memberi pulangan yang baik kepada KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

PERSEDIAAN PEMBUKAAN KANTIN SMK BERCHAM

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb Disember 2022 sehingga 1hb Januari yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah bertukus lumus bagi menghadapi pembukaan Kantin Sekolah SMK Bercham yang akan beroperasi pada 3hb Januari 2023 susulan pembukaan semula sekolah setelah cuti penggal pada bulan disember.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bagi persediaan pembukaan kantin ini adalah aktiviti pendawaian elektrik dan pemasangan CCTV, pembersihan kawasan kantin, penyusunan meja dan kerusi serta pemasangan alas meja yang baharu, pemasangan signboard menu dan aktiviti-aktiviti penyelengaraan yang lain.

Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telah mengembangkan perniagaannya dengan menerima tawaran menyuruskan kantin SMK Bercham melalui tender bagi tempoh 2 tahun.

Baca Lanjut

JAKEL CAWANGAN SHAH ALAM HAMPIR MUSNAH DALAM KEJADIAN KEBAKARAN AWAL PAGI TADI

TERKINI: JAKEL CAWANGAN SHAH ALAM HAMPIR MUSNAH DALAM KEJADIAN KEBAKARAN AWAL PAGI TADI

Sebut mengenai jenama Jakel pastinya ramai yang cukup mengenalinya. Berjaya menawarkan seleksi kain dan pakaian sejak sekian lama antara yang membuatkan jenama ini menjadi kunjungan setiap kali menjelang musim perayaan.

Terbaharu, sebuah berita duka buat syarikat Jakel apabila dilaporkan Jakel cawangan Shah Alam dilaporkan hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku dilaporkan telah memunahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Baca Lanjut

BAP 2023: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150

INFO: BAP 2023 – BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM150

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 berjumlah RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Pengumuman tersebut dibuat ketika Perdana Menteri mengumumkan Bajet Mini pada 20 Disember 2022 di Dewan Rakyat.

Pembayaran bantuan tersebut akan disalurkan pada Januari 2023 bagi membolehkan ibu bapa mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

Baca Lanjut