PERMAI: 22 INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERMAI 2021 DIUMUMKAN

INFO: 22 INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERMAI 2021 DIUMUMKAN

Pada 18hb Januari 2021 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia tadi telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.

Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan 4 pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat.

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Baca Lanjut

SEMAKAN KELULUSAN BPN 2.0 BOLEH DIBUAT BERMULA 15 JANUARI

INFO: SEMAKAN KELULUSAN BPN 2.0 BOLEH DIBUAT BERMULA 15 JANUARI

Merujuk kepada pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan. ⠀

Permohonan baharu atau rayuan BPN 2.0 bagi yang gagal pada permohonan pertama telah dibuka pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020 lalu. Kepada yang telah membuat permohonan tersebut, kini anda sudah bolehh membuat semakan untuk mengetahui sama ada anda lulus ataupun tidak. 

Menurut Kementerian Kewangam, pemohon boleh membuat semakan kelulusan bermula pada 15 Januari 2021 (Jumaat).

Baca Lanjut

CARA MEMOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021 – PENDAFTARAN / PENGEMASKINIAN

INFO: CARA MEMOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021 – PENDAFTARAN / PENGEMASKINIAN

Berita yang ditunggu-tunggu selama ini telah pun tiba iaitu mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Menurut daripada carian, portal rasmi BPR telah dibuka untuk pemohon membuat permohonan baharu atau kemaskini.

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan satu bantuan yang telah ditambah baik dan diberikan nama baharu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Pengubahan nama tersebut juga telah menyebabkan terdapat jumlah bantuan yang telah diperbaharui.

Baca Lanjut

KAGUM DENGAN AERODYNE, SYARIKAT ANAK MELAYU HARUMKAN NAMA NEGARA

INFO: KAGUM DENGAN AERODYNE, SYARIKAT ANAK MELAYU HARUMKAN NAMA NEGARA

Kerajaan sedang mempergiat usaha memperkukuhkan sektor pertanian tanpa berkompromi dengan kelestarian alam.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya meneroka peluang menggunakan teknologi dron secara meluas dalam sektor pertanian.

Beliau berkata, teknologi itu penting bagi membantu petani menggunakan kaedah pertanian lebih efisyen.

Baca Lanjut