
INFO: CARA MEMOHON BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021 – PENDAFTARAN / PENGEMASKINIAN
Berita yang ditunggu-tunggu selama ini telah pun tiba iaitu mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Menurut daripada carian, portal rasmi BPR telah dibuka untuk pemohon membuat permohonan baharu atau kemaskini.
Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan satu bantuan yang telah ditambah baik dan diberikan nama baharu. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Pengubahan nama tersebut juga telah menyebabkan terdapat jumlah bantuan yang telah diperbaharui.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Kagum Dengan Aerodyne, Syarikat Anak Melayu Harumkan Nama Negara
TARIKH PERMOHONAN BAHARU DAN KEMASKINI BPR 2021
Info yang telah diperolehi daripada portal rasmi BPR memaklumkan bahawa permohonan baharu dan kemaskini telah dibuka bermula seperti berikut;
- 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
- Tarikh di atas tertakluk kepada perubahan semasa
- Pemohon amat disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.

CARA MEMOHON BPR 2021
- Secara Dalam Talian: Klik laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) – https://bpr.hasil.gov.my/
- Secara manual: Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my kemudian hadir ke lokasi berikut dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR;
- Cawangan LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

.
SIAPA PENERIMA BPR 2021?
ISI RUMAH
• Berkahwin (Ada atau Tiada Anak)
• Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
yang mempunyai anak
• Bujang termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) berumur
60 tahun dan ke atas.
BUJANG
• Bujang; atau
• Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta
• Had umur 21 tahun hingga 59 tahun atau Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hingga 59 tahun.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
PEMOHON
• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
PASANGAN
• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.
SYARAT KELAYAKAN BPR 2021
KATEGORI ISI RUMAH
PEMOHON
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
PASANGAN
• Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS);
• Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
ANAK
• Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
• Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
• Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur:
- 17 tahun dan ke bawah; atau
- 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta
KATEGORI BUJANG
PEMOHON
• Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
• Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun.

PROSES VERIFIKASI BPR 2021
Setiap permohonan akan diverifikasi sepenuhnya berdasarkan data agensi seperti berikut :
Pengenalan Diri
• Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Pendapatan
• Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
• Jabatan Akauntan Negara Malaysia (termasuk Polis Diraja Malaysia)
• Bendahari Negeri-negeri di Malaysia
• Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
• Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
• Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
• Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Pemilikan Kenderaan
• Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Status Perkahwinan
• Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
• Jabatan Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia Bekerja / Belajar / Menetap Di Luar Negara
• Kementerian Luar Negeri (KLN)
• Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
• Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Orang Kurang Upaya (OKU)
• Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat Dan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
• Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
• Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Anak Yang Masih Belajar
• Kementerian Luar Negeri (KLN)
• Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
• Majlis Amanah Rakyat (MARA)
• Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
• Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Pemilikan Kediaman / Hartanah
• Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
• Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Kategori Petani, Penternak, Peladang, Nelayan, Peneroka, Penoreh Getah, Orang Asli
• Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
• Lembaga Getah Malaysia (LGM)
• Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
PEMAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN BPR 2021
SEMAKAN SECARA DALAM TALIAN
SEMAKAN SECARA APLIKASI MOBILE BPR 2021
- Muat turun di Play Store bagi platform
- Android dan di App Store bagi platform iOS
SALURAN PERTANYAAN
- Hotline BPR MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- Hotline BPR LHDNM: 1-800-88-2747
- E-mel: bpr@treasury.gov.my
- Laman Web: https://bpr.hasil.gov.my
- Alamat Kementerian Kewangan: Sekretariat BPR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 WP Putrajaya.
MUAT TURUN FAQ

KOMEN TERKINI