INFO: SEMAKAN KELULUSAN BPN 2.0 BOLEH DIBUAT BERMULA 15 JANUARI
Merujuk kepada pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kementerian Kewangan ingin memaklumkan bahawa bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan. ⠀
Permohonan baharu atau rayuan BPN 2.0 bagi yang gagal pada permohonan pertama telah dibuka pada 15 Oktober sehingga 15 November 2020 lalu. Kepada yang telah membuat permohonan tersebut, kini anda sudah bolehh membuat semakan untuk mengetahui sama ada anda lulus ataupun tidak.
Menurut Kementerian Kewangam, pemohon boleh membuat semakan kelulusan bermula pada 15 Januari 2021 (Jumaat).
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 – Pendaftaran / Pengemaskinian
Berikut merupakan panduan untuk membuat semakan, caranya mudah sahaja ;
- Layari portal rasmi BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan anda/pemohon.
- Isikan Captcha yang diminta.
- Status kelulusan akan dipaparkan.
Tahniah kepada sesiapa yang lulus. Namun kepada yang gagal permohonannya, semoga terdapat rezeki lain akan datang. Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 Januari 2021 yang lalu;
SEMAK SYARAT KELAYAKAN ANDA
Kepada yang terlupa berkenaan syarat kelayakan BPN 2.0, anda boleh rujuk di bawah
Kepada pemohon baru BPN 2.0 yang merupakan bukan penerima BPN 1.0 berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
Kategori BPN 2.0 Golongan B40
- Isi Rumah
- Kahwin atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,000 ke bawah
- Bujang
- Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
- Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
- Pendapatan Bujang adalah RM 2,000 dan ke bawah
Kategori BPN 2.0 Golongan M40
- Isi Rumah
- Kahwin atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM 4,001 hingga RM 8,000
- Bujang
- Bujang atau Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak dan
- Had umur adalah 21 dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 dan ke atas) dan
- Pendapatan Bujang adalah RM 2,001 hingga RM 4,000
Sumber: Laman Web Kementerian Kewangan Malaysia,LHDN, BPN
KOMEN TERKINI