
TERKINI: PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021
Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.⠀
Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.⠀
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI