GKP PERMAI: SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 (MAC 2021)

INFO: GKP PERMAI: SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 (MAC 2021)

GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Baca Lanjut

PERMAI: 22 INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERMAI 2021 DIUMUMKAN

INFO: 22 INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERMAI 2021 DIUMUMKAN

Pada 18hb Januari 2021 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia tadi telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.

Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan 4 pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat.

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Baca Lanjut

PM UMUM PERMAI BERNILAI RM15 BILION

TERKINI: PM UMUM PERMAI BERNILAI RM15 BILION

Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej berkenaan bertujuan menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat utama.

Baca Lanjut