PASCA COVID-19: NORMA BAHARU, USAHAWAN SUDAHKAH KITA BERSEDIA? (SIRI 2)

PASCA COVID-19: NORMA BAHARU, USAHAWAN SUDAHKAH KITA BERSEDIA? (SIRI 2)

PUBI Perak akan menganjurkan sebuah program yang berimpak tinggi iaitu PUBI Zoom Meeting ‘Sembang Santai’ bertajuk Pasca Covid-19: Norma Baharu, Usahawan Sudahkah Kita Bersedia?

Melalui program ini, PUBI Perak telah menjemput 3 orang ahli panel yang hebat untuk berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing berkaitan tajuk yang diutarakan disamping memberi semangat dan motivasi kepada peserta yang terlibat.

Ahli panel ini adalah mereka yang berlatarkan usawahan yang berpengalaman serta memiliki kepakaran di dalam bidang perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

PKD MUALLIM KESAN ADA PELAJAR IPT POSITIF COVID-19

Gambar: FB Pejabat Kesihatan Daerah Muallim

TERKINI – PKD MUALLIM KESAN ADA PELAJAR IPT POSITIF COVID-19

IPOH: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

“Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

Baca Lanjut

NAIK JET PERIBADI SEMATA-MATA NAK BELI ‘AKOK’, BACA 11 NASIHAT JUTAWAN INI

TIPS USAHAWAN: NAIK JET PERIBADI SEMATA-MATA NAK BELI ‘AKOK’, BACA 11 NASIHAT JUTAWAN INI

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap manusia di muka bumi ini sememangnya mempunyai kehendak yang berbeza-beza seperti keinginan memiliki pelbagai jenis pakaian, jam tangan, makanan dan lain-lain. Untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati ianya perlu diiringi dengan usaha dan perancangan.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Hafizi Zain yang berkongsi pengalamannya mengikut ‘Silent Billionaire’ menaiki jet peribadinya ke Kelantan semata-mata untuk membeli kuih akok. Lebih menarik perhatian apabila ‘Silent Billionaire’ tersebut selesa untuk berkongsi tips kejayaan beliau.

Baca Lanjut

JAKEL NAFI CURI BEKALAN ELEKTRIK

TERKINI – JAKEL NAFI CURI BEKALAN ELEKTRIK

SHAH ALAM – Jakel menafikan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini.

Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik.

“Pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan kita bayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal, saya percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Baca Lanjut