PEMANDU MABUK LANGGAR ORANG AWAM DAN GERAI DIREMAN LIMA HARI

Gambar : Harian Metro

TERKINI – PEMANDU LANGGAR ORANG AWAM DAN GERAI DIREMAN LIMA HARI

KUALA LUMPUR: Pemandu yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan lima individu cedera di kawasan tapak peniaga Bukit Sentosa, Hulu Selangor ditahan reman selama lima hari untuk siasatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, suspek yang berusia 30an itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Rabu depan.

Dalam insiden kira-kira 6.30 petang, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang awam cedera.

Baca Lanjut

PEMANDU MABUK BUAT HAL LAGI

TOYOTA Hilux yang dipandu melulu sehingga melanggar dua lelaki di Hulu Selangor, hari ini. FOTO ihsan polis | Sumber Harian Metro

TERKINI – PEMANDU MABUK BUAT HAL LAGI

DUA lelaki cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai dipandu lelaki mabuk di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sudah menahan pemandu berusia 30-an itu.

“Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.

Baca Lanjut

COVID-19: WHO ISYTIHAR AMERIKA LATIN PUSAT BAHARU PANDEMIK

Pandangan dari udara ke atas sebuah kawasan dipenuhi kubur baharu di Manaus ketika Brazil bergelut krisis COVID-19. – FOTO AFP

COVID-19: WHO ISYTIHAR AMERIKA LATIN PUSAT BAHARU PANDEMIK

WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan Amerika Latin sebagai ‘pusat baharu’ pandemik COVID-19.

Pada masa sama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mahu gereja dibuka semula walaupun negara itu masih berdepan ancaman wabak berkenaan.

Minggu ini, Brazil mencatat angka korban melebihi 20,000 mangsa dan bersama 310,000 kes jangkitan, gergasi Amerika Latin itu kini muncul negara ketiga paling terjejas selepas AS serta Russia.

Baca Lanjut