GAMBAR TERAKHIR KOPERAL SAFWAN BUAT KELUARGA

Gambar terakhir Koperal Safwan yang dikongsikan di Whatapp Keluarga | Foto oleh Harian Metro

KISAH KEHIDUPAN – GAMBAR TERAKHIR KOPERAL SAFWAN BUAT KELUARGA

“ARWAH sempat berkongsi gambar lama selepas habis rekrut dengan lengkap berpakaian seragam putih di dalam aplikasi Whatsapp keluarga,” kata Lans Koperal Suraya Muhammad Ismail, kakak kepada Allahyarham Koperal Safwan yang maut dirempuh pemandu dipercayai mabuk di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Kajang, hari ini.

Suraya, 32, berkata, ia gambar terakhir yang dikongsi adiknya pada 1 Mei sebagai tanda sudah 11 tahun berkhidmat dalam polis.

“Pada tengah hari Jumaat, arwah menghantar gambar lama lengkap berpakaian seragam istiadat dalam Whatsapp kerana sudah 11 tahun berkhidmat.

Baca Lanjut

PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR EKONOMI DI NEGERI PERAK

Gambar – Google

INFO – PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR EKONOMI DI NEGERI PERAK

Berikut adalah Kenyataan Media YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Berkenaan Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Di Negeri Perak yang telah dimuat naik di laman facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kira-kira sejam yang lalu.

Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut berhubung Perintah Kawalan Pergerakan di negeri Perak, sila hubungi Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Perak di talian 05-2413064/ 05-2413062.

Baca Lanjut

PKPB: PERAK LARANG MAKAN DI PREMIS

Gambar – Google

TERKINI – PKPB: PERAK LARANG MAKAN DI PREMIS

IPOH: Perak akan menerima pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) Pembukaan Ekonomi seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan pada Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim berkata walau bagaimanapun, Perak telah menetapkan beberapa kawalan khususnya berkaitan sektor makanan, serta sukan dan rekreasi.

Jelasnya bagi sektor makanan, sebarang aktiviti makan di premis atau ‘dine in’ tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan bungkus dan penghantaran.

Baca Lanjut

SEORANG LAGI ANGGOTA POLIS MAUT DILANGGAR PEMANDU MABUK, NETIZEN MAHU HUKUMAN LEBIH BERAT

KEMALANGAN – SEORANG LAGI ANGGOTA POLIS MAUT DILANGGAR PEMANDU MABUK, NETIZEN MAHU HUKUMAN LEBIH BERAT

Pagi ini 3 May 2020 kita digemparkan dengan satu lagi berita kematian seorang anggota Polis ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Lekas, Kajang.

Menurut sumber mangsa maut ditempat kejadian selepas cedera parah dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.

Berdasarkan posting Facebook Friends Of PDRM mangsa berpangkat Kopetal bernama Safwan Bin Muhammad Ismail berusia 31 tahun dan berasal daripada Ipoh Perak. 

Baca Lanjut