PASCA COVID-19: NORMA BAHARU, USAHAWAN SUDAHKAH KITA BERSEDIA? (SIRI 2)
PUBI Perak akan menganjurkan sebuah program yang berimpak tinggi iaitu PUBI Zoom Meeting ‘Sembang Santai’ bertajuk Pasca Covid-19: Norma Baharu, Usahawan Sudahkah Kita Bersedia?
Melalui program ini, PUBI Perak telah menjemput 3 orang ahli panel yang hebat untuk berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing berkaitan tajuk yang diutarakan disamping memberi semangat dan motivasi kepada peserta yang terlibat.
Ahli panel ini adalah mereka yang berlatarkan usawahan yang berpengalaman serta memiliki kepakaran di dalam bidang perniagaan masing-masing.
Sudah tentu mereka juga akan kongsikan tips-tips hebat untuk usahawan dan bakal usahawan bagi menghadapi kehidupan sebagai usahawan yang kian mencabar di era covid-19 ini.
Ahli Panel yang dimaksudkan adalah;
1. Pn Ernayanee Nur Julaimi, Pengasas De’Xandra
2. En Sofian Tajuddin, Pengasas Suffy Mart & Susu Suffy
3. En Shaharizad Shahrul Asmawi, Pengasas Produk Kecantikan
Folio Essense
Moderator program adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak.
MAKLUMAT PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT;
Tarikh : 17hb Mei 2020
Hari : Ahad
Masa : 10.30am
Tempat : Di rumah masing-masing (Menggunakan laptop/handphone dengan aplikasi Zoom)
Bayaran : PERCUMA
TERHAD KEPADA 30 TERAWAL SAHAJA!
Syarat-syarat penyertaan.
– Seorang usahawan/peniaga (Bakal usahawan/Peniaga juga digalakkan)
– Terbuka kepada semua
– Tahu menggunakan aplikasi zoom
Cara mendaftar adalah seperti berikut;
1. Join whatsapps group melalui link –> https://chat.whatsapp.com/FWvVisEBiWUDTfCNUVRdDL
2. Link untuk join PUBI Zoom Meeting akan dibekalkan kepada peserta melalui group whatapps tersebut selewat-lewatnya sehari sebelum program tersebut.
3. Peserta masuk ke Zoom Meeting 15 min sebelum program bermula dan mengikuti program yang ditawarkan.
Sebarang pertanyaan sila klik link www.wasap.my/60195773924/PUBI+Zoom+Meeting
Jom kita join program yang sangat bermanfaat ini. Rugi sangat kalau tak sertai. Insyallah sama-sama kita mendapat ilmu yang berguna serta mampu diadaptasikan di dalam perniagaan masing-masing!
KOMEN TERKINI