ISTERI MENINGGAL SELEPAS BERSALIN, BAPA MUDA INI JADIKAN BAYI KEMBAR PENGUAT SEMANGAT

KISAH KEHIDUPAN – ISTERI MENINGGAL SELEPAS BERSALIN, BAPA MUDA INI JADIKAN BAYI KEMBAR PENGUAT SEMANGAT

“HARI ini (semalam) sambutan Hari Ibu, tapi isteri tidak sempat menerima ucapan itu, cuma saya zahirkan perasaan itu kepada dua anak kembar kami sahaja,” kata Syazwan Najmi Zulkarni yang kematian isteri selepas dua minggu melahirkan bayi kembar perempuan mereka.

Syazwan Najmi, 23, berkata setiap kali memandang wajah kedua-dua bayinya, setiap kali itulah wajah arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, menjelma.

Dia juga sentiasa ingat pesanan arwah isterinya yang memintanya supaya membesarkan kedua bayi perempuan mereka yang kini berusia 40 hari dengan baik sekiranya berlaku sesuatu terhadapnya.

Baca Lanjut

RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) BAGI PERTIMBANGAN SEMULA OLEH PIHAK LHDN

TERKINI – RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) BAGI PERTIMBANGAN SEMULA OLEH PIHAK LHDN

PUTRAJAYA, 10 Mei — Pemohon boleh membuat rayuan bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan menerima aduan antara permohonan BPN yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN (rayuanbpn@hasil.gov.my) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

Baca Lanjut

IBU TUNGGAL MAUT NAHAS, TINGGALKAN 4 ANAK MASIH KECIL

KEMALANGAN – IBU TUNGGAL MAUT NAHAS, TINGGALKAN 4 ANAK MASIH KECIL

Dua wanita dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat semalam.

Mangsa, Nur Indasari Miskan, 27, dan anak saudaranya Hazlina Makmun, 22, meninggal dunia di tempat kejadian sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah datuk dan nenek mereka di Kluang, Johor.

Lebih memilukan apabila Nur Indasari yang juga ibu tunggal meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil iaitu Aliyah, Ammar, Amira dan Amir.

Baca Lanjut