SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI

TERKINI – SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020 yang lalu.

Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa dan terbaharu pembayaran BPN fasa 2 telah dibuat bermula 4 Mei 2020 yang lalu.

Mana-mana penerima fasa sebelum ini, anda boleh semak akaun masing-masing bermula tarikh yang dinyatakan. Bayaran ini termasuklah untuk golongan B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.

Baca Lanjut

PASCA COVID-19: NORMA BAHARU, USAHAWAN SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

PASCA COVID-19: NORMA BAHARU, USAHAWAN SUDAHKAH KITA BERSEDIA?

PUBI Perak akan menganjurkan sebuah program yang berimpak tinggi iaitu PUBI Zoom Meeting ‘Sembang Santai’ bertajuk Pasca Covid-19: Norma Baharu, Usahawan Sudahkah Kita Bersedia?

Melalui program ini, PUBI Perak telah menjemput 3 orang ahli panel yang hebat untuk berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing berkaitan tajuk yang diutarakan disamping memberi semangat dan motivasi kepada peserta yang terlibat.

Ahli panel ini adalah mereka yang berlatarkan usawahan yang berpengalaman serta memiliki kepakaran di dalam bidang perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

JENAZAH ALMARHUM DATUK ISMAIL KAMUS, SELAMAT DIKEBUMIKAN

TERKINI – JENAZAH ALMARHUM DATUK ISMAIL KAMUS, SELAMAT DIKEBUMIKAN

Pendakwah tanah air, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, dimaklumkan kira-kira jam 11 pagi tadi, jenazah telah selamat dikebumikan.

Jenazah Allahyarham selesai diuruskan dan disolatkan di Masjid as-Sobirin, Keramat Au5 jam 9 pagi ini.

Baca Lanjut

USTAZ ISMAIL KAMUS MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Datuk Ismail Kamus

TERKINI – USTAZ ISMAIL KAMUS MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.

“Duka cita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.

Baca Lanjut