WANITA HAMIL TUJUH BULAN BERSAMA KANDUNGAN DAN SUAMI MAUT DALAM KEMALANGAN

Lokasi kejadian kemalangan maut sepasang suami isteri di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, Alor Gajah. (Gambar kecil, Mohd Hairawi dan Nur Ain) . – NSTP/Ihsan PDRM

TERKINI – WANITA HAMIL TUJUH BULAN BERSAMA KANDUNGAN DAN SUAMI MAUT DALAM KEMALANGAN

ALOR GAJAH – Wanita hamil tujuh bulan bersama bayi dalam kandungannya dan suami, maut dalam keadaan menyayat hati selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, Alor Gajah, hari ini (Semalam).

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Nur Ain Kamarulzaman, 25, membonceng motosikal ditunggangi suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, sebelum kenderaan mereka dirempuh kereta Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Gadek ke Pulau Sebang, manakala mangsa datang dari arah bertentangan.

Baca Lanjut