PEMANDU SEBABKAN KEMATIAN SUAMI ISTERI SERTA KANDUNGAN 7 BULAN DIREMAN

TERKINI – PEMANDU SEBABKAN KEMATIAN SUAMI ISTERI SERTA KANDUNGAN 7 BULAN DIREMAN

PEMANDU yang merempuh dan menyebabkan kematian suami isteri dan anak dalam kandungan wanita itu di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang di sini, pagi semalam, direman dua hari bermula hari ini.

Perintah menahan reman itu dikeluarkan Majistret Nurhasmanita Abdul Manap di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, pagi ini selepas pemandu terbabit dibawa ke mahkamah oleh pegawai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Pemandu berusia 34 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan di IPD Alor Gajah sejak semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Lanjut

SEORANG LAGI RIDER FOODPANDA MAUT DALAM KEMALANGAN

Gambar Facebook

TERKINI – SEORANG LAGI RIDER FOODPANDA MAUT DALAM KEMALANGAN

INNALILLAHIWAINNAILLAHIRAJIUN..

Mohon sedekahkan Al fatihah kepada anak saudara kami Allahyarham Mohd Adib Andy Bin Mohd Ali (rider foodpanda) yang telah kembali ke rahmatullah kejadian kemalangan maut petang tadi di dengkil…

Wahai Anakku Mohd Adib sesungguhnya kamu sebagai Anak yang bertanggungjawab keluar mencari rezeki untuk ibu,ayah dan keluargamu,maka kau berada di jalan Allah swt…

Baca Lanjut