INFO – SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (RM3,000) PKS

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia melalui Kemeterian Kewangan Malaysia telah mengumumkan insentif khas kepada Pengusaha PKS (Mikro) ekoran mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak Covid-19 yang melanda negara kini. 

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita adalah Geran Khas Prihatin PKS iaitu bantuan khas kepada pengusaha/peniaga PKS dengan bantuan geran sebanyak RM3,000 untuk setiap seorang/syarikat.

BACA LANJUT: 5 Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) Untuk PKS Yang Wajib Anda Tahu

Sehubungan dengan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengeluarkan garis panduan dan soalan-soalan lazim berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin PKS) untuk rujukan semua pihak yang berminat untuk memohon geran ini.

BERIKUT ADALAH SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN PKS);

S1: Apakah Geran Khas PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

S2: Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: – Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan – Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan 5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

S3: Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

S4: Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

S5: Bilakah tarikh permohonan Geran Khas PRIHATIN bermula?

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

S6: Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.

Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

S8: Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

S9: Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI YANG DITUNGGU OLEH PENGUASA PKS

Semoga dengan pengumuman ini akan memberi sinar dan harapan kepada pengusaha-pengusaha PKS Mikro di negara kita ini terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan di Negara kita ini.

Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir 34 juta rakyat di Negara ini.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak selaku persatuan usahawan yang prihatin akan sentiasa mengemaskini panduan dan info-info terkini untuk rakyat Malaysia secara amnya dan secara khusus untuk mereka yang bergelar ‘Usahawan’. Insyallah..

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;

  1. Permohonan Geran Prihatin Khas Perniagaan Mikro RM3,000
  2. Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
  3. Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
  4. Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
  5. Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
  6. Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan
  7. Cara Mendaftar LHDN Secara ‘Online’ Bagi Pemohon Bantuan Geran Prihatin Khas RM3000 PKS (Mikro)