SYARAT-SYARAT BANTUAN PRIHATIN RM3000 UNTUK SETIAP PENGUSAHA PKS MIKRO

TERKINI: PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) RM3000 UNTUK PKS KINI TELAH DIBUKA!

Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini. 

Oleh yang demikian, Perdana Menteri pada 6 april 2020 lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”.

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

BACA LANJUT: Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS

Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita adalah Geran Khas Prihatin PKS iaitu bantuan khas kepada pengusaha/peniaga PKS dengan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk setiap seorang/syarikat.

Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.




SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

  • Wajib mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Nota: Senarai nama Pengusaha PKS yang layak menerima bantuan ini akan diperolehi oleh pihak kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

CARA PERMOHONAN;
KAEDAH BAYARAN
  • Bayaran akan dibuat terus ke akaun bank pengusaha yang layak dan dijangka bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.
  • Akaun tersebut adalah akaun yang didaftarkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Nota: Pengumuman lanjut tentang pembayaran bantuan ini akan diumumkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

BACA LANJUT: Soalan Lazim Berkaitan Geran Khas Prihatin (RM3,000) PKS




Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Buletin Utama

Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;

  1. Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS
  2. Soalan Lazim Berkaitan Geran Khas Prihatin (RM3,000) PKS
  3. Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
  4. Permohonan Geran Prihatin Khas Perniagaan Mikro RM3,000
  5. Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
  6. Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
  7. Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19
  8. Cara Mendaftar LHDN Secara ‘Online’ Bagi Pemohon Bantuan Geran Prihatin Khas RM3000 PKS (Mikro)