
INFO – 5 BANTUAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) UNTUK PKS YANG WAJIB ANDA TAHU
Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri pada 6 april 2020 lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”.
Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.
BACA LANJUT: Senarai Penuh Bantuan Covid-19 Di Malaysia Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin 2020
Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapannya semalam telah membentangkan ‘Laporan Laksana Ketiga Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin)‘.
Ini adalah laporan ketiga sejak pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Di dalam laporan tersebut ada menyentuh banyak pakej-pakej rangsangan ekonomi yang disuntik kepada rakyat Malaysia dan paling menarik penekanan diberikan khusus untuk perniagaan mikro (PKS).
Antara status pelaksanaan yang dikongsi ialah Bantuan Prihatin Nasional yang melibatkan 7.74 juta penerima dan 3.26 juta permohonan baru dan rayuan, Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro, Program Subsidi Upah, Dana Pinjaman Mudah PKS, Program Bantuan Majikan Covid-19 atau e-CAP KWSP, Bantuan Khas Kewangan untuk 2.5 juta penjawat awam dan pesara termasuk veteran angkatan tentera tidak berpencen, bantuan one-off pelajar IPT dan jaminan pinjaman DANAJAMIN. “
Menteri Kewangan Malaysia
YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
BERIKUT ADALAH 5 BANTUAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) UNTUK PKS YANG WAJIB ANDA TAHU;
NO.#1 – GERAN KHAS PRIHATIN UNTUK PERNIAGAAN MIKRO
Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara yang berdaftar dengan SSM dan juga PBT. PKS mikro juga perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini.
Permohonan untuk geran khas ini akan dibuka mulai hari Jumaat ini, iaitu 1 Mei 2020. Proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atau LHDN dalam masa terdekat.
BACA LANJUT: Permohonan Geran Khas Prihatin Mulai 1 Mei

NO.#2 – PROGRAM SUBSIDI UPAH
Sehingga 26 April, permohonan subsidi upah yang diluluskan telah meningkat daripada 159,000 majikan, melibatkan 1 juta pekerja kepada 195,000 majikan yang melibatkan 1.5 juta pekerja. Bantuan ini melibatkan peruntukan RM1.35 bilion, iaitu peningkatan daripada RM1.2 bilion pada minggu lalu.
BACA LANJUT: Program Subsidi Upah Perkeso Pakej Prihatin PKS

NO.#3 – DANA PINJAMAN MUDAH PKS
RM6.3 bilion diperuntukkan. Sehingga 26 April, sebanyak RM4.5 bilion telah diluluskan untuk 8,500 PKS. Ini adalah peningkatan daripada RM2.7 bilion untuk 5,000 PKS minggu lalu.
BACA LANJUT INFO BERKAITAN DANA PINJAMAN MUDAH PKS:
- Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
- Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
- Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS

NO.#4 – PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 ATAU e-CAP KWSP
Bermula 23 April 2020, KWSP telah melancarkan e-CAP yang bertujuan untuk membantu PKS yang layak dalam menguruskan aliran tunai bulanan perniagaan.
Selain itu, e-CAP juga dihasratkan dapat membantu majikan untuk terus kekal beroperasi serta mengekalkan tenaga kerja mereka.
- Program ini membolehkan majikan yang mempunyai sehingga 200 pekerja untuk memohon penangguhan dan penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk caruman bulan April, Mei & Jun 2020 (iaitu pada bulan Mac, April & Mei 2020).
- Bagi PKS yang mempunyai lebih 200 pekerja, sekiranya mereka perlukan penyelesaian yang berlainan dari apa yang ditawarkan melalui program e-CAP, mereka juga boleh menghubungi KWSP untuk pertimbangan, dengan syarat PKS mempunyai rekod bayaran caruman yang baik sebelum bermulanya wabak COVID-19.
BACA LANJUT: Program Bantuan Majikan Covid-19 Atau e-Cap KWSP

NO.#5 – JAMINAN PINJAMAN DANAJAMIN
Ini adalah pakej terbaharu yang diumumkan semalam dan ia khas Untuk kategori perniagaan termasuk PKS.
Butiran lanjut mengenai syarat-syarat pakej ini belum lagi dinyatakan oleh Menteri Kewangan tetapi mulai Jumaat 1 Mei ini, permohonan untuk jaminan pinjaman DANAJAMIN akan mula dibuka.
Sudah pasti ini adalah satu pengumuman yang sangat baik untuk semua perniagaan termasuk PKS.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI YANG DITUNGGU OLEH PENGUASA PKS
Semoga dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) Untuk PKS ini akan memberi sinar dan harapan kepada pengusaha-pengusaha PKS Mikro di negara kita ini terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan di Negara kita ini.
Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir 34 juta rakyat di Negara ini.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak selaku persatuan usahawan yang prihatin akan sentiasa mengemaskini panduan dan info-info terkini untuk rakyat Malaysia secara amnya dan secara khusus untuk mereka yang bergelar ‘Usahawan’. Insyallah..
Sumber: Facebook Tengku Zafrul, Laman Web Rasmi Treasury Malaysia
Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;
- Permohonan Geran Prihatin Khas Perniagaan Mikro RM3,000
- Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
- Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
- Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
- Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
- Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan
- Cara Mendaftar LHDN Secara ‘Online’ Bagi Pemohon Bantuan Geran Prihatin Khas RM3000 PKS (Mikro)
KOMEN TERKINI