INFO – PERMOHONAN GERAN PRIHATIN KHAS PERNIAGAAN MIKRO RM3,000
TERKINI: PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) RM3000 UNTUK PKS KINI TELAH DIBUKA!
Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini.
Oleh yang demikian, Perdana Menteri pada 6 april 2020 lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”.
Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.
BACA LANJUT: Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS
Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita adalah Geran Khas Prihatin PKS iaitu bantuan khas kepada pengusaha/peniaga PKS dengan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk setiap seorang/syarikat.
Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.
LAPORAN LAKSANA KEDUA PELAKSANAAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)
Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapannya semalam telah membentangkan ‘Laporan Laksana Kedua Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin)‘.
Ini adalah laporan terkini sejak pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Saya ingin memberi fokus kepada status pelaksanaan bantuan yang berkaitan dengan Matlamat Kedua PRIHATIN iaitu “Sokong Perniagaan” dan Matlamat Ketiga, “Perkukuh Ekonomi”. Perniagaan, terutamanya yang dijalankan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana atau PKS, serta perniagaan- mikro, merupakan tunjang kepada pertumbuhan ekonomi negara. “
Menteri Kewangan Malaysia
YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Di dalam ucapan beliau semalam, beliau turut menyentuh tentang Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro (PKS).
Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini.
- Bayaran khas sebanyak RM3,000 setiap Pengusaha PKS
- Wajib mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Senarai nama Pengusaha Mikro/PKS yang layak menerima bantuan ini akan diperolehi oleh pihak kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
- Soalan Lazim Berkaitan Geran Khas Prihatin (RM3,000) PKS
Cara Mendaftar LHDN Secara ‘Online’ Bagi Pemohon Bantuan Geran Prihatin Khas RM3000 PKS (Mikro) –>
Sehubungan dengan itu beliau mengumumkan bahawa permohonan akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perniagaan mikro/PKS yang layak akan mendapat RM3,000 setiap satu.
BACA LANJUT: Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI YANG DITUNGGU OLEH PENGUASA PKS
Semoga dengan pengumuman ini akan memberi sinar dan harapan kepada pengusaha-pengusaha PKS Mikro di negara kita ini terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan di Negara kita ini.
Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir 34 juta rakyat di Negara ini.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak selaku persatuan usahawan yang prihatin akan sentiasa mengemaskini panduan dan info-info terkini untuk rakyat Malaysia secara amnya dan secara khusus untuk mereka yang bergelar ‘Usahawan’. Insyallah..
Sumber: Facebook Tengku Zafrul, Laman Web Rasmi Treasury Malaysia
Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;
- Permohonan Geran Prihatin Khas Perniagaan Mikro RM3,000
- Cara Memohon Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk PKS
- Soalan Lazim Berkaitan Geran Khas Prihatin (RM3,000) PKS
- Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
- Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
- Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
- Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
- Cara Mendaftar LHDN Secara ‘Online’ Bagi Pemohon Bantuan Geran Prihatin Khas RM3000 PKS (Mikro)
KOMEN TERKINI