COVID-19: ALHAMDULILLAH, PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP SUDAH MULA DILULUSKAN, SYUKUR

Seperti yang kita maklum sebelum ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

Kemudian pihak KWSP juga menyediakan kaedah permohonan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos dan ianya turut mendapat respon yang tidak berapa seronok di dengar daripada pencarum-pencarum KWSP di Malaysia.

BACA LANJUT:  Permohonan Baru Dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Akan Dibayar Mei Ini

Namun demikian ramai yang berungut kerana sistem pengeluaran KWSP yang agak sulit dan menyukarkan pemohon untuk membuat pengeluaran wang mereka melalui pakej i-Lestari yang telah disediakan oleh pihak KWSP ini.

Mendengar keluhan para pencarum ini, KWSP sebagai sebuah entiti yang bertanggungjawab dan prihatin telah mewujudkan sebuah laman web khas bagi urusan pengeluaran i-Lestari ini.

Melalui laman web yang di bina ini, anda tidak perlu guna apa-apa borang-borang, tidak perlu pergi cawangan atau beratur ke kioks KWSP dan semuanya di dalam talian sahaja.

Alhamdulillah, kini pengeluaran i-Lestari boleh dibuat di laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan anda boleh memohon pengeluaran i-Lestari anda berkuat kuasa sekarang juga.

Susulan daripada itu, ramai pencarum KWSP telah membuat permohonan masing-masing dan syukur Alhamdulillah, ada pencarum sudah menyemak status permohononan masing-masing serta didapati permohonan mereka telah DILULUSKAN.

BERITA YANG PALING MENGEMBIRAKAN ADALAH BAYARAN PERTAMA I-LESTARI KWSP INI ADALAH SEAWAL 4HB MEI 2020 NANTI!

DENGAN SATU KLIK, ANDA BOLEH MENYEMAK STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP ANDA!

Lawati segera laman web i-Lestari KWSP di alamat https://ilestari.kwsp.gov.my/ sekarang juga untuk menyemak status permohonan anda. Berikut adalah infografik Permohonan Baharu i-Lestari menggunakan laman web yang disediakan khas oleh pihak KWSP;

BACA LANJUT: Bantuan Khas Kewangan (Prihatin 2020): RM500 Untuk Penjawat Awam Dan Pesara

Alhamdulillah, urusan kita kini bertambah mudah dan terima kasih kepada pihak KWSP yang berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka serta memberi kemudahan yang terbaik kepada para pencarumnya.

Semoga dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan ini akan dapat meringankan beban pengusaha rakyat Malaysia khususnya yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasakan di Negara kita ini.

Untuk info lanjut anda boleh lawati laman web rasmi KWSP atau Facebook rasmi KWSP

Sumber: Laman Web KWSPFacebook KWSP

Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;

  1. Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
  2. Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
  3. Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
  4. Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19
  5. Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan