
KISAH KEHIDUPAN – SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN
Tular di media sosial di mana gambar sekeping surat yang dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah oleh seorang murid bernama Lara Khadijah McAfee berumur 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.
Di dalam surat tersebut, murid tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah di atas usaha yang dilakukan bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia dan membantu di dalam mengekang penularan Wabak Covid-19 di negara ini.
Lara juga telah menghadiahkan seutas gelang berwarna biru yang dibuat khas (‘Loom Bands’) kepada Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah untuk dipakai sebagai tanda persahabatan.
BACA LANJUT: Jom Kita Kenali Lelaki Yang Berada Paling Hadapan Ketika Negara Diancam Covid-19

KETUA PENGARAH TELAH MEMBALAS SURAT TERSEBUT
Tidak disangka, pada semalam (16hb April) Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia itu telah membalas surat murid ini dan sudah pasti tindakan beliau tersebut amat mengejutkan kita semua.
Terbukti Ketua Pengarah Kesihatan kita seorang yang tinggi budi pekertinya, hebat adab dan santunnya, tenang tindakkannya dan tertib tutur katanya. Sesungguhnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah dan diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja.
Terima Kasih Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan kumpulan Frontliners kerana menjaga keselamatan kami.
Covid-19: Alhamdulillah, Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Sudah Mula Diluluskan, Syukur –>

Sumber: Jabatan Penerangan Daerah Sibu
KOMEN TERKINI