CARA BUAT PENAMAAN WARIS SIMPANAN KWSP

INFO : CARA BUAT PENAMAAN WARIS SIMPANAN KWSP

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disarankan untuk segera membuat Penamaan KWSP bagi memudahkan waris pencarum mewarisi simpanan tersebut tanpa sebarang masalah.

Namun, jika pencarum tidak membuat Penamaan KWSP, para waris pencarum mengalami kesukaran untuk mengeluarkan simpanan tersebut pada masa hadapan.

Oleh sebab itu, pihak KWSP mengalu-alukan pencarum KWSP membuat penamaan segera bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

Baca Lanjut

OPR NAIK KEPADA 2.75% & INI KESANNYA KEPADA ORANG RAMAI

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%.

Untuk makluman, kenaikan ini adalah kenaikan kali keempat berturut-turut untuk tahun 2022 selepas pada kali terakhir pada September 2022 yang lalu.

Sebelum ini, kenaikan OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus dan paras rekod terendah 1.75 peratus pada bulan Mac yang lalu.

Baca Lanjut

JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP DAN CARA-CARANYA

INFO : JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP DAN CARA-CARANYA

Simpanan KWSP adalah kemudahan untuk pencarum menikmati kehidupan lebih baik dan selesa selepas persaraan dan bukan bertujuan menangani krisis bencana atau kecemasan. Tujuan simpanan KWSP adalah memberikan bantuan aliran tunai kepada pencarum yang bersara disamping persediaan menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

Dari aspek pelaburan, KWSP bertanggungjawab memastikan caruman dibuat majikan dan pekerja dilaburkan dalam kaedah terbaik. Dalam sistem kewangan negara, KWSP berfungsi untuk melabur dalam dana dan mengagihkan simpanan terkumpul kepada ahli apabila syarat pengeluaran dipenuhi.

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

Baca Lanjut

SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K

INFO: SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat semakan permohonan pengeluaran khas mulai 9 April 2022.

Semakan permohonan ini dibuka bagi melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.

Untuk makluman, tujuan kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.

Baca Lanjut