RINGKASAN INTIPATI PENGUMUMAN YAB PERDANA MENTERI BERKAITAN INISIATIF TERBAHARU COVID-19

Kepada mereka yang tidak sempat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan inisiatif terbaharu yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi.

Di sini disenaraikan secara ringkat dan padat initipati dari ucapan khas beliau pada sidang media yang telah berlangsung di Putrajaya.

Inisiatif Khas persebut adalah;

Noor Hisham: Tak Perlu Pakai Penutup Mulut Jika Tiada Simptom –>

  1. Semua pencarum KWSP berumur 50 tahun ke bawah boleh membuat pebgeluaran dari akaun 2 masing-masing dengan maksima RM500 sebulan untuk 12 bulan bermula 1/4/2020.
  2. Caruman bulanan KWSP dikurangkan kepada 4% untuk memberi kuasa perbelanjaan kepada setiap isi rumah.
  3. Peruntukan tambahan sebanyak RM500 Juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membiayai keperluan COVID-19 serta disegerakan segala pembeliaan peralatan berkaitan perubahan dan sebagainya (peruntukan perolehan darurat).
  4. Peruntukan sebanyak RM100 Juga disediakan oleh kerajaan bagi melantik 2000 kakitangan kesihatan baharu (tambahan) secara kontrak.
  5. Sebanyak RM130 Juta akan disalurkan kepada negeri-negeri untuk membantu penjaja dan peniaga kecil, pesakit dan keluarga yang terlibat dengan COVID-19 tanpa ambil kira parti mana memerintah negeri berkenaan.
  6. Lanjutan masa penangguhan bayaran balik PTPTN sehingga 6 bulan berkuatkuasa serta merta.

Langkah tambahan:

  1. MOF sedang mengkaji untuk umum pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat yang lebih menyeluruh dan bakal diumumkan pada 30/3/2020.

Terkini : Malaysia Mencatat Kes Pertama Kematian Melibatkan Kakitangan Kesihatan (KKM) Iaitu Seorang Doktor –>

Semoga dengan pengumuman ini akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia yang kini di dalam kesempitan dan tertekan.

Diharap semua dapat bertenang duduk di dalam rumah sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani penularan wabak penyakit Covid-19 ini.

Sama-samalah kita berdoakan akan kesengsaraan ini berakhir. Insyallah..

Sumber : Bernama