Gambar -Google

INFO – PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL AKAN DIBAYAR MEI INI

KUALA LUMPUR – Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz , permohonan baru dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional ataupun BPN akan dibayar pada bulan Mei ini.

Pembayaran untuk kategori ini menglibatkan 2.77 juta permohonan baru dan sekurang kurangnya 274,000 rayuan.  Golongan yang sudah lulus Bantuan Sara Hidup (BSH)  dan golongan yang membayar cukai tidak perlu lagi memohon untuk BPN.

Golongan ini akan mendapat SMS ataupun emel yang menyatakan bahawa mereka sudah lulus untuk mendapat bantuan BPN. Permohonan BPN adalah untuk mereka yang belum pernah membayar cukai ataupun tidak pernah memohon untuk BSH.

BACA LANJUT: Cara Kemaskini Akaun Bank Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Proses semakan dan permohonan dibuka sehingga 12 April yang lalu.  Mereka yang sudah lulus BPN telah menerima bayaran secara beperingkat bermula 6 April ini. Orang ramai dinasihatkan untuk membuat permohonan ataupun rayuan di saluran yang betul bagi mengelakan sebarang penipuan.

Di bawah BPN , golongan M40 , B40 di seluruh Malaysia termasuk isi rumah dan bujang akan mendapat bantuan antara RM 1,600 ke RM 500. Bantuan ini adalah untuk membantu Rakyat Malaysia untuk meringankan beban hidup mereka di bawah Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

PKP telah dilanjutkan ke 28 April 2020. Bayaran BPN dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN).

Sehingga 12 April, 8.3 juta permohonan telah diluluskan manakala sejumlah 6.6 juta penerima telah mendapat bantuan BPN berjumlah RM4.9 billion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz juga mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia telah mendapat AS$620 juta dari Kerajaan Amerika Syarikat berikut pelucutan dan pencairan aset berkaitan dengan 1MDB.

Antara aset yang dilucutkan adalah AS$57 juta hasil penyelesaian bersama Red Granite Pictures , AS$137 juta daripada penjualan saham Jho Low di Hotel Park Lane atau AS$126 juta dari jualan kehakiman kapal mewah Equianimity.

Sumber: Astro Awani

Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;

  1. Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
  2. Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
  3. Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
  4. Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19
  5. Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan