SIAPA FOUNDER FOODPANDA? BAGAIMANA FOODPANDA INI WUJUD?

KISAH KEJAYAAN: SIAPA FOUNDER FOODPANDA? BAGAIMANA FOODPANDA INI WUJUD?

Alhamdulillah, sekarang ni nak pesan makanan semuanya lebih mudah dengan adanya Foodpanda. Dengan muat turun aplikasi Foodpanda, makanan yang dipesan pasti akan dihantar dengan cepat oleh ‘abang rider’ Foodpanda. Senang je kan?

Tapi, pernah terfikir tak siapa yang wujudkan Foodpanda ni? Zaman dahulu tak ada pun. Siapa founder dia dan bagaimana tiba-tiba boleh ada Foodpanda di Malaysia?

Baca Lanjut

BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

INFO: BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Perak kini menawarkan permohonan Bantuan Kecemasan dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa. Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar dalam menampung perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROJEK KHAS TANI PASCA COVID-19 2022

INFO: PERMOHONAN PROJEK KHAS TANI PASCA COVID-19 2022

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 merupakan salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin dalam membantu rakyat negeri itu khususnya petani yang terkesan akibat Covid-19.

Melalui projek ini, sejumlah peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian dan bantuan berupa input baja dan racun dengan nilai bantuan bernilai RM 3,000 / petani bakal dimanfaatkan oleh penerima.

Secara tidak langsung bantuan ini bakal mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun. Bantuan ini juga diharap dapat memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan.

Baca Lanjut

SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 1hb Mei 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menyantuni para staf Kumpulan PUBI dengan menyerahkan sumbangan hamper berserta duit raya kepada meraka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Baca Lanjut