INFO: PERMOHONAN PROJEK KHAS TANI PASCA COVID-19 2022
Projek Khas Tani Pasca Covid-19 merupakan salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin dalam membantu rakyat negeri itu khususnya petani yang terkesan akibat Covid-19.
Melalui projek ini, sejumlah peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian dan bantuan berupa input baja dan racun dengan nilai bantuan bernilai RM 3,000 / petani bakal dimanfaatkan oleh penerima.
Secara tidak langsung bantuan ini bakal mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun. Bantuan ini juga diharap dapat memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: PUTEK: Program Pembangunan Usahawan Teknikal Sehingga RM500,000
Permohonan ini dibuka kepada warga tani yang sedang mengusahakan penanaman tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
KADAR BANTUAN
Baja dan racun bernilai RM3000.000
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan secara talian ini akan dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja. Permohonan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.
SYARAT KELAYAKAN
Petani-petani yang ingin mendapatkan bantuan Projek Khas Asas Tani ini mestilah memenuhi kriteria dan syarat permohonan di bawah:
- Projek sedia ada masih aktif
- Terbuka kepada petani negeri Perak
- Belum pernah menerima peruntukan dari Jabatan
- Status tanah yang sah (Geran / Tol / Pajakan)
- Minimum keluasan pemberian bantuan adalah :
a. 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun,
b. 1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masa
c. minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi. - Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan.
- Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan.
- Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum diluluskan.
CARA MEMOHON
Warga Tani yang layak bolehlah memohon melalui pautan permohonan atau scan QR untuk permohonan atau terus ke Pejabat Pertanian berikut:
- Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah
- Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak
- Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar
- Pejabat Pertanian Hulu Perak
- Pejabat Pertanian Kinta Kampar Perak
- Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar
- Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama
- Pertanian Daerah Manjung
- Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim
Permohonan yang mematuhi kriteria permohonan akan di senarai pendek untuk siasatan di lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagi kelulusan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk info lanjut, sila layari www.pertanianperak.gov.my atau Facebook rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI